atostech fibreglass sdn bhd logo the best

Apa itu SSTS? (Small Sewerage Treatment System)

SSTS-AN-140-EA2-max.-149-PE-ATOSTECH-apa itu ssts main

SSTS ialah “Small Sewage Treatment System” atau Sistem Rawatan Kumbahan Kecil.

Sistem Rawatan Kumbahan Kecil (SSTS) jenama Atostech NASS adalah sistem rawatan sisa kumbahan yang direka khas berdasarkan sistem rawatan tangki septik anaerobik dan dilengkapi dengan sistem rawatan enapcemar aktif secara anaerobik di ruangan atas.

Sistem Rawatan Kumbahan Kecil (SSTS) telah diperkenalkan pada tahun 2002 oleh Atostech Fibreglass Sdn Bhd dan telah dibahagikan kepada beberapa model iaitu

  1. AN 40 EA2 (max. 50 PE),
  2. AN 50 EA2 (max. 60 PE),
  3. AN 70 EA2 (max. 80 PE),
  4. AN 100 EA2 (max. 100 PE),
  5. AN 120 EA2 (max. 120 PE),
  6. AN 140 EA2 (max. 149 PE).

Jenis Tangki

Jenis tangki ini adalah menegak dan mematuhi piawaian Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974 & Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 Standard ‘A’ Efluen BOD (Biochemical Oxygen Demand), TSS (Total Suspended Solid), COD (Chemical Oxygen Demand), Minyak dan Gris. Jenis sisa kumbahan ‘waste’ adalah sisa kumbahan domestik dan menggunakan proses rawatan aliran pepejal enapcemar aktif.

Jenis tangki ini adalah menegak dan mematuhi piawaian Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974 & Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 Standard ‘A’ Efluen BOD (Biochemical Oxygen Demand), TSS (Total Suspended Solid), COD (Chemical Oxygen Demand), Minyak dan Gris. Jenis sisa kumbahan ‘waste’ adalah sisa kumbahan domestik dan menggunakan proses rawatan aliran pepejal enapcemar aktif.

Standard Malaysia

Sistem Rawatan Kumbahan Kecil (SSTS) jenama “Atostech NASS” telah mematuhi Standard Malaysia (MS2441-2: 2014) dan merupakan jenama yang telah diperakui oleh Skim Pensijilan Produk yang dijalankan oleh SIRIM (QAS) International Sdn. Bhd. seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sistem Rawatan Kumbahan Kecil (SSTS) jenama “Atostech NASS” digunakan terutama untuk rawatan air sisa domestik bagi pembangunan berskala kecil dan berkapasiti kurang daripada 150PE seperti kediaman rumah, pusat komersial, stesen minyak dan kawasan perindustrian ringan. Setiap cadangan projek dan serahan lukisan rekabentuk kepada Agensi Perakuan Pembetungan IWK juga ada disediakan oleh Atostech Fibreglass Sdn Bhd.

Sijil jaminan produk dari pengilang akan diberikan oleh Atostech Fibreglass Sdn Bhd selepas penghantaran produk dilakukan dan jaminan produk hanya merangkumi dari segi pembuatan tangki sahaja tidak termasuk kecuaian, salah guna dan pemasangan yang tidak mengikut garis panduan pemasangan yang telah ditetapkan. Pemasangan setiap sistem diwajibkan dengan ‘Air Pump blower’ (1 mula & 1 siap sedia) yang akan dibekalkan oleh Atostech Fibreglass Sdn Bhd.

Untuk setiap kelulusan produk “Atostech NASS” dari SPAN & SIRIM QAS boleh didapati melalui pertanyaan lanjut dari kakitangan admin atau teknikal kami di atostech@yahoo.com / 09-6666614.

Taklimat Bersama JKR Johor Atostech

Taklimat Bersama JKR Johor

Pada 21 Februari 2023, Pihak Atostech Fibreglass Sdn Bhd (AFSB) telah memberi TaklimatPengenalan Produk dan Penerangan Rekabentuk Serta Teknikal Tangki Jenama Atostech Kerjasama Bersama JKR Johor yang bertempat di Bilik…
Read more

Pengenalan Produk Dan Penerangan Teknikal

TAKLIMAT PENGENALAN PRODUK DAN PENERANGAN TEKNIKAL REKABENTUK TANGKIJENAMA ATOSTECH Pada 31 Januari 2023, Pihak Atostech Fibreglass Sdn Bhd (AFSB) telah memberi TaklimatPengenalan Produk dan Penerangan Teknikal Rekabentuk Tangki Jenama Atostech…
Read more
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Manufacturer and Distributor of FRP Tanks & Sewage Treatment System

    Contact



    © 2024 Atostech Fibreglass Sdn. Bhd.
    199301012274 (267012-H)